Subscribe:

Ads 468x60px

Pages

Saturday, January 30, 2010

Update: Pilihanraya MPP

Baru baru ini, pilihanraya yang ntah ke berapa MPP telah berlangsung di universiti universiti serata negara. Ini termasuklah Universiti tempat kita menuntut Ilmu- UiTM. Hahn tak nak cerita panjang, cuma nak update sedikit cerita pilihanraya untuk fakulti FPHP.

Memang terasa bahangnya serta mengimbau kenangan lalu bila Hahn melihat poster poster bergelimpangan, wakil wakil sibuk berkempen, terasa sebak didada Hahn. Sesungguhnya, peluang untuk menceburi arena politik mahasiswa adalah sesuatu yang indah. Tahniah Hahn ucapkan buat pemenang pilihanraya untuk fakulti kita iaitu Mariana dan juga Liana. Semoga kalian dapat melakukan yang terbaik untuk fakulti kita- Selamat bertugas. 

Kepada yang tewas, Hahn mengunjurkan supaya tetap tabah dan menerima keputusan seadanya. Banyak faktor yang mempengaruhi undi. Mungkin juga, rezeki kali ini bukan ditangan kalian. Kalah sekali bukan bererti selamanya, terus berjuang dimasa hadapan lagi. 

Menyelak album foto, Hahn terlihat foto yang diambil pemberita didalam satu majlis keramaian (tidak ingat majlis apa) pada suatu masa dahalu. Tidak disangka-sangka, beliau berjaya mencapai impiannya setelah mengharungi rintangan demi rintangan untuk menjadi pemimpin pelajar.



Update Denggi: Syukur kehadratnya, Saudara Syaharudin sudah discaj keluar daripada wad kuarantin G2 HTAR. Krew Hahnlimn yang merancang hendak melawat pada hari ini, tidak berkesempatan bila terlihat update status Facebook saudara Syaharudin pada lewat malam semalam. Percubaan krew kami untuk mendapatkan maklumat kesihatan beliau yang terkini tidak berjaya, kerana beliau dikatakan sedang berehat dilokasi yang dirahsiakan. Apapun, harapan kita semoga beliau cepat sembuh dan kembali berkuliah lagi. ( laporan oleh Hahn untuk Hahnlimn.blogspot.com).

Wednesday, January 20, 2010

Wabak Demam Denggi

Pada entri kali ini, Hahn nak berpesan sikit mengenai penyakit demam denggi. Sebenarnya, Hahn berasa risau dengan perkembangan terkini penyakit tersebut yang telah menjadi wabak di kawasan seksyen 7. Setelah saudara Syazwan terjangkit wabak tersebut, kini seorang lagi teman Hahn tertewas pada nyamuk Aedes.

Lebih menyeramkan, teman Hahn ni seorang yg fit, muscular, ahli sukan.. hanya terdedah kepada nyamuk semasa mengunjung Hahn selama 2 Hari. Hahn ni yg tinggal selama bebulan ni harap tak terkena jangkitan wabak denggi.

Dalam pada itu, Hahn mula teringat suatu masa dahulu, Hahn pernah terkena simptom seperti demam denggi ni. Badan memang lenguh, kepala pening, demam nak seminggu. Dahsyat, tapi Hahn tak sangka demam denggi, so menghadapi saja- ingat demam biasa yang teruk. Bila teringat peristiwa itu, Hahn bersyukur dapat sembuh sendiri dan masih berdiri di muka bumi ini.

Akhir kata, Jagalah kesihatan anda semua. Kesihatan anugerah yang tidak ternilai dengan wang ringgit, pastikan minum 8 gelas air sehari, sayur dan buah buahan usah dilupakan. Hahn..

Monday, January 18, 2010

HTH 662- HRM Notes

As requested, Slideshow notes for HTH 662- HRM. Enjoy reading.



This time around, i wont be scribble some news or story for you guys and girls. Just woke up from 5 hours extended sleep, and now its midnight already. Want to sleep more but got few things to sort off for tomorrow. Hell, I'm so hungry to the core. Got to find something to eat, someone to cook, and someone to feed me.. hoho. So, off I go. Keep still on Hahnlimn.blogspot.com always. :-)

Tuesday, January 12, 2010

Nota HTH581 & Update Terkini

Baru baru ini, Hahnlimn menerima beberapa panggilan serta sms, email dan juga comment melalui FB tentang kesulitan mendapatkan nota serta bahan bahan pembelajaran daripada sistem I-Learn. Usah risau, cemas atau gementar, Hahnlimn disini membawakan anda nota terkini daripada En. Razif.

Download fail dibawah



Sedikit berita terkini, krew Hahnlimn telah mendapat khabar bahawasanya saudara Syazwan telah dibenarkan keluar wad pada hari ini. Disebabkan masalah kelas yang amat padat, pihak kami memohon maaf kerana tidak dapat mengambil beliau di HTAR Klang, walaupun krew kami sudah bercadang untuk melawat pada kali kedua pada hari ini. Apapun, sekarang ini beliau sudah bersama Hahnlimn menunggu hidangan sup ayam yang dimasak oleh chef Ronald..

Sunday, January 10, 2010

HTT644 & HTT647 & Berita Ekslusif

Hii kawan kawan, lama sudah kita tidak berjumpa. Pada ruangan kali ini, saya ingin menyampaikan material material kursus bagi kawan kawan yang tidak dapat mengaksesnya melalui i-learn system. Walaubagaimanapun, saya juga menganjurkan saudara dan saudari untuk cuba mengakses sistem i-learn sebelum mendownload dari blog ini agar kamu dapat mencuba sendiri sistem yang canggih itu.



Sedikit berita terkini. Pada 10 Jan 2010, krew HahnLimn blog telah mengadakan lawatan kebajikan ke HTAR Klang untuk melihat dan memberi bantuan kepada salah satu rakan sekelas kita iaitu Mohd Syazwan. Beliau yang dimasukkan ke wad G2 selepas mengadu sakit setelah beberapa hari. Pada ketika ini, keadaan beliau dilaporkan sudah stabil, melepasi saat-saat getir pada hari sebelumnya. Apapun, bersama samalah kita berdoa agar beliau segera sembuh dan dapat belajar bersama.InsyaAllah. (Saya, Hanafi melaporkan ekslusif untuk Hahnlimn blog)

Sekian, bertemu lagi dilain ruangan. Jangan lupa untuk sentiasa melayari hahnlimn untuk nota, gossip serta perkembangan terkini..

Tuesday, January 5, 2010

Nota Nota HTT647- E-Tourism

Sekali lagi, Hahn membawakan nota nota slideshow e-tourism untuk kawan kawan semua. Sila, jangan malu atau segan download fail seperti dibawah.

           

Ada lagi, rasanya 2 fail MsWord untuk course information dan silibus kot. Hilang dalam pendrive aku. Sori, kena cr sendiri.

Minta maaf, mulai semester ini, saya TIDAK akan mengusaha sebarang urusan PHOTOSTAT disebabkan masalah bilangan copy yang sering berlebihan. Ini menyebabkan kerugian yang amat besar dipihak kami, oleh itu pihak syarikat kami tidak menawarkan perkhidmatan ini lagi. Harap maklum.

Nota Nota HTT644- PD

Kepada kawan kawan yang tak dapat mengakses i-Learn bagi subjek HTT644, jangan risau jangan runsing, silalah download fail seperti dibawah. Sebenarnya boleh akses, cuma conplicated sket jak- akan diajar pada tutorial dilain masa. Dan juga, fail msword untuk course information tidak dapat diupload.

   

Minta maaf, mulai semester ini, saya TIDAK akan mengusaha sebarang urusan PHOTOSTAT disebabkan masalah bilangan copy yang sering berlebihan. Ini menyebabkan kerugian yang amat besar dipihak kami, oleh itu pihak syarikat kami tidak menawarkan perkhidmatan ini lagi. Harap maklum.