Pada entri kali ini, Hahn nak berpesan sikit mengenai penyakit demam denggi. Sebenarnya, Hahn berasa risau dengan perkembangan terkini penyakit tersebut yang telah menjadi wabak di kawasan seksyen 7. Setelah saudara Syazwan terjangkit wabak tersebut, kini seorang lagi teman Hahn tertewas pada nyamuk Aedes.
Lebih menyeramkan, teman Hahn ni seorang yg fit, muscular, ahli sukan.. hanya terdedah kepada nyamuk semasa mengunjung Hahn selama 2 Hari. Hahn ni yg tinggal selama bebulan ni harap tak terkena jangkitan wabak denggi.
Dalam pada itu, Hahn mula teringat suatu masa dahulu, Hahn pernah terkena simptom seperti demam denggi ni. Badan memang lenguh, kepala pening, demam nak seminggu. Dahsyat, tapi Hahn tak sangka demam denggi, so menghadapi saja- ingat demam biasa yang teruk. Bila teringat peristiwa itu, Hahn bersyukur dapat sembuh sendiri dan masih berdiri di muka bumi ini.
Akhir kata, Jagalah kesihatan anda semua. Kesihatan anugerah yang tidak ternilai dengan wang ringgit, pastikan minum 8 gelas air sehari, sayur dan buah buahan usah dilupakan. Hahn..
Wednesday, January 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment