SUB? Submarine ka ? Bukan loe.. Surabaya dech. wooo.. enjoy sangat.
Untuk cuti hujung tahun ini, saya dan keluarga melancong ke Surabaya, Indonesia. Bandar Surabaya yang terletak di Pulau Jawa amatlah besar. Sebagai kota nombor dua terbesar di Indonesia, saya berasa teruja untuk menerokai bandar ini. Percutian selama seminggu lebih itu dibimbing oleh temannya kenalan Ibu, Pak Yoyot. Selamat ka ? Waa, selamat bah disana, usah risau deh- Aman banget~.
Masa yang singkat itu hanya diisi dengan liburan sekitar dalam kota surabaya. Kawasan selatan, barat, timurnya belum lagi dijelajahi, urmm besar juga kota ini. Aktiviti nombor satu, pastinya membeli belah haha sambil melihat persekitaran bandar ini. Kami juga sempat merentasi Jambatan Suramadu, iaitu jambatan terpanjang di Indonesia menghubungkan Pulau Jawa dan Pulau Madura. Waa.. banyak nak cerita ni.
Bagi aku, aku merasa tertarik pada suasana di sana. Bangunan yang lama, corak kehidupan yang berbeza, sistem pengangkutan yang unik. Sinetron ditelevisinya pada waktu malam juga best, menghiburkan. Sedikit sebanyak memberiku inspirasi, pengajaran, ilmu untuk terus hidup didunia ini. Terlalu susah untuk aku gambarkan perasaan itu cuma, jika ada kesempatan, aku ingin kembali ke sana. Jom ~! haha
Saturday, December 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment