Subscribe:

Ads 468x60px

Pages

Tuesday, December 8, 2009

PC Fair di Pulau Pinang

PC Fair anjuran Pikom bukanlah sesuatu yang baru bagi aku. Malah, sejak awal penganjurannya di PWTC, KL, aku sering mengunjungi acara ini. Namun, pada kali ini, aku berpeluang mengunjungi PC Fair yang diadakan di PISA, Pulau Pinang. Acara yang berlangsung dari 04 Disember sehingga 06 Disember 2009 telah ku kunjungi 2 kali.

Kali pertama, bersama Ibu dan adik aku. Pada awalnya, hanya hendak membeli kamera digital untuk kegunaan umum. Aku sudah berkenan pada kamera keluaran Panasonic FS-25 disebabkan kualiti serta ciri ciri moden seperti antigegaran Mega O.I.S, kanta optik Leica serta cip pemprosesan termaju. Harganya, yaa agak tinggi. Aku juga bercadang untuk menaiktaraf harddisk serta memory laptop aku, tapi harganya tidak competitif walaupun 'PC Fair'.

Harga peralatan komputer pada kali ini tidak begitu memberangsangkan. Harga lebey kurang ja, cuma ada free gift. Vendornya pula dipenuhi oleh penjual laptop, kamera, serta Broadband. Broadband ni yang buat aku pening, seakan berjalan di 'Red Carpet'. Kanan dan kiri berbaris menghulur kertas promosi, sambil mempromosi produk mereka.

Setelah lama berpeleseran diruang pameran, ibu aku membeli kamera Olympus FE-46. Boleh dikatakan great deal dengan freebies yang ditawarkan. Adik aku plak dibelikan netbook acer. Aku ?. Aku takda beli apa apa. haha. ;-)

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

QuickPost Quickpost this image to Myspace, Digg, Facebook, and others!

No comments:

Post a Comment