Subscribe:

Ads 468x60px

Pages

Saturday, January 28, 2012

Badai Rindu

Badai Rindu
revisi #1.0

Menyusuri pantai di suatu petang
lautan tenang.. hidupan tiada kelihatan
aku berjalan seorang diri
ditemani angin, ombak, dan sesekali
kicauan burung nun dikejauhan.

Deruan ombak menghempas pantai
menyapa diri ini tanda pertemuan
terus beransur surut dan kembali
terasa satu ketika aku pernah disini
membawa rindu datang dan pergi.

Ketika mentari kelam ditelan bumi
hanya laut bersuara dibalik malam menjelma
jiwa yang tenang bertukar kacau
diserang lautan yang mula mengganas
hadirnya badai buatku rimas

Badai.. lihatlah perbuatanmu
ombak tidak lagi mendengarku
datang dan pergi dengan pemberontakan
kecewa! aku menyedari..
rinduku pergi ,tidak akan kembali.

Mengapa hati ini diganggu..
membebani jantung hampir terhenti
tolong aku.. bantu aku..
membunuh badai ini, badai rindu.

Azan Maghrib mula kedengaran
seruan menghadap Tuhan Maha Kuasa
mengisi kesunyian malam tanpa bintang
tenanglah lautan lenyaplah badai rindu
aku menyerah, aku berundur diri..
membawa hati tak bertuan..

2012:01:28 Hahnlimn
Hakcipta terpelihara

6 comments:

Effa CuRio said...

TERBAIK!!.. :)

Hahn Limn said...

Biasa2 je kan.
Happy Birthday Effa Curio!

Alfairez J. aka Bizkut said...

attempt yg bagus...I like..terus dan teruskan berkarya, diperhalusi seninya lagi, semoga tercapai apa hasratnya jua...

Effa CuRio said...

Eh?.. Terima kasih for the wish.. :)

ada sya said...

hebat! :)
nnt bt video pula..

Hahn Limn said...

Thanks kawan2 :)

Post a Comment