Subscribe:

Ads 468x60px

Pages

Saturday, March 17, 2012

Pemain Perasaan


Pemain Perasaan

Lelaki Pemain Perasaan (Emo)
Perasaan, sesuatu yang aneh,
ada kalanya rasa gembira,
kita tertawa,
ada kalanya rasa sedih,
kita menangis,
sesuatu sukar dijangka.

Cinta,
cuma satu perasaan,
bisa buat aku suka,
bisa buat aku duka,
cinta, hadirmu sukar di duga.

hati ku hati mu,
sering bermain
rasa mu rasa ku,
Emo Lonely Girl
memperdaya satu sama lain
hingga ke hari ini,
tamat tanpa apa yang ada.

hari ini aku mengerti,
perasaan bukan untuk disimpan,
menunggu ia hilang,
dikurung untuk diseksa,
sedang ia menanti diluahkan.

hari ini aku sedar,
aku cuma seorang pengecut.
mengharapkan cinta tanpa berkata
mengemis cinta tanpa berusaha
hanya tahu berserah kepada ketentuanNya.

maafkan aku tidak mengertimu.
aku lelaki daif ilmu cinta,
aku lelaki berjiwa kosong,
aku lelaki penuh kelemahan,
persis lelaki tidak sempurna.
Pencinta Emo

Aku lah lelaki pemain perasaan ...
bermain hanya di hati,
berkata sekadar di mulut,
beraksi cuma di fikiran,
hakikat juga persis sekali,
seorang pengecut di alam realiti..

         xxx    tamat    xxx

Hahnlimn 17/03/2012
Hakcipta terpelihara.

* tiada kena mengena dengan yang hidup atau
   yang mati.

3 comments:

ada sya said...

good job! ;)

Anonymous said...

(Syazwan said)ishk... ishk... T_T

Effa CuRio said...

sedih kot :(

Post a Comment