Subscribe:

Ads 468x60px

Pages

Monday, September 17, 2012

Redha


Redha

Malam yang sepi,
bersama kedinginan,
angin dan hujan salji,
aku tersedar dari lena,
diselubungi kegelapan malam.

Hari hari yang memenatkan,
aku cuma mahu lelap,
biar aku melihat hitam,
gelap seakan langit malam,
kosong tanpa bulan dan bintang.

Fikiranku padam,
tapi masih belum lelap,
Seakan ada persoalan
yang harus ku jawab,
Didasar benak hati ini..

Bangkit dari tidurku,
menjenguk jauh keluar tingkap,
sudah jauh perjalanan hidupku,
ada yang gembira, juga sesal,
namun semua itu sudah berlalu.

Terima dan teruskan hidup,
itu yg harus aku lakukan,
ternyata ia sukar.. pedih,
aku pasrah menyerah diri..
redha menerima dengan hati
yang utuh dan ikhlas..


2012 Hahnlimn.

2 comments:

Effa CuRio said...

Awesome :)

ada sya said...

bgusnya...lps ni bt lagu pula ;)))

Post a Comment