Subscribe:

Ads 468x60px

Pages

Friday, November 6, 2009

[Exclusive] Carry Mark HTT570



Alkisah pada satu hari, Hahn tgh limpang-limpang sambil tgk movie. Datang anggota membawa khabar, carry mark HTT570 dah kuar oii. Apalagi, Hahn ambil kunci motor, berdesup pegi terus dok membawakan Carry Mark ni untuk tatapan rakan rakan diluar sana. Klik untuk nampak lebih besar ek..



Banyak panggilan, sms serta reaksi yg Hahn terima,- ada yang takut, yang sedih, yg tak puas hati, ada juga yg mengadu.. Opps.. itu antaranya. Hahn bacakan satu sms --> Pesanan dari Mariana, 'Terima saja, yang penting final ni kita usaha!' Haha.. benar Hahn setuju sangat!. Sehingga ketemu lagi, diruangan Uhh.. Panas! . Pastinya yg  panas saja..

Monday, November 2, 2009

Hati Kosong pt. 2 (Tamat)




Yahh.. hasil karya baru ciptaan Hahn selepas 3 hari berfikir mencari Ilham di Taman Tasik Seksyen 7. Hasilnya kalian saja menilainya... Sedikit pengamatan saya, hasilnya berunsur  kekecewaan seorang watak selepas perpisahan. Namun hatinya tetap dibelenggu juga  diganggu. Suatu hari, Watak ini tersedar dan mengambil langkah menuju ke jalan Allah Yang Maha berkuasa. Semoga saja dapat mencari ketenangan juga panduan. Bacakan lah..

Hati kosong pt. 2


Hitam..
ada kalanya aku rasa kosong,
diselubungi kegelapan analogi kesepian,
ada kalanya aku cuba lari,
namun hitam tetap datang,
mewarnai dunia warna warniku..

Sepi..
adakah aku merasa sepi,
mungkin tapi tak mungkin,
aku cuma berasa kosong,
mungkin aku menafikan,
perasaan hanya aku yang tahu..

Mengapa..
aku masih begini,
tercungap didalam kehidupan baru,
seperti petang aku berlari,
mengejar bayangan semalam,
Memori silam yang hitam..

Disebalik kosong yang hitam,
aku masih melihat cahaya,
putih menyuluh memberiku harapan,
Perginya kamu, aku mula berjalan,
menuju cahayaNya persis,
jalan kebenaran..
Ketenangan, ku mohon dapat ku rasa
rasa tenang itu.. sehingga
hatiku kosong tanpa mu lagi..

xx Tamat xx