Subscribe:

Ads 468x60px

Pages

Monday, November 2, 2009

Hati Kosong pt. 2 (Tamat)




Yahh.. hasil karya baru ciptaan Hahn selepas 3 hari berfikir mencari Ilham di Taman Tasik Seksyen 7. Hasilnya kalian saja menilainya... Sedikit pengamatan saya, hasilnya berunsur  kekecewaan seorang watak selepas perpisahan. Namun hatinya tetap dibelenggu juga  diganggu. Suatu hari, Watak ini tersedar dan mengambil langkah menuju ke jalan Allah Yang Maha berkuasa. Semoga saja dapat mencari ketenangan juga panduan. Bacakan lah..

Hati kosong pt. 2


Hitam..
ada kalanya aku rasa kosong,
diselubungi kegelapan analogi kesepian,
ada kalanya aku cuba lari,
namun hitam tetap datang,
mewarnai dunia warna warniku..

Sepi..
adakah aku merasa sepi,
mungkin tapi tak mungkin,
aku cuma berasa kosong,
mungkin aku menafikan,
perasaan hanya aku yang tahu..

Mengapa..
aku masih begini,
tercungap didalam kehidupan baru,
seperti petang aku berlari,
mengejar bayangan semalam,
Memori silam yang hitam..

Disebalik kosong yang hitam,
aku masih melihat cahaya,
putih menyuluh memberiku harapan,
Perginya kamu, aku mula berjalan,
menuju cahayaNya persis,
jalan kebenaran..
Ketenangan, ku mohon dapat ku rasa
rasa tenang itu.. sehingga
hatiku kosong tanpa mu lagi..

xx Tamat xx

No comments:

Post a Comment