Pada hari ini (06 12 2009) , hari terakhir PC Fair. Ikutkan hati memang tak nak pi sebab tak ada fulus nak belanja. haha. Teman kakak pi kejap, last last beli jugak Canon DSLR. Aku berkenan dengan Nikon tapi sebab lens banyak tak compatible ( motor lens dekat body camera). Canon ni motor lens dekat lens, so banyak lens boleh pakai. Hurm, best la kakak aku bergambar ni.
Dari situ, ke Queensbay ngan mak dan adik aku. Wah, ada flora fair dekat luar QB. Aku tak minat sangat, tapi yang mak, kakak ngan adik aku suka sangat bunga. Banyak spesis bunga serta tumbuhan boleh dilihat dan dibeli. Paling menarik, tumbuhan pemakan serangga seperti pitcher plant, snap trap yang berjaya dijadikan tumbuhan belaan dirumah. Kakak aku belilah beberapa bunga, mak aku pun beli jugak segala bonzai, pitcher plant bawak balik Sabah. Lucu jugak, sebab cadang nak beli setakat 2 - 3 bunga ja, tengok sampai 6 bunga beli. haha. Malam baru balik, penat.. zZzZz.
Quickpost this image to Myspace, Digg, Facebook, and others!
Saturday, December 12, 2009
Tuesday, December 8, 2009
PC Fair di Pulau Pinang
PC Fair anjuran Pikom bukanlah sesuatu yang baru bagi aku. Malah, sejak awal penganjurannya di PWTC, KL, aku sering mengunjungi acara ini. Namun, pada kali ini, aku berpeluang mengunjungi PC Fair yang diadakan di PISA, Pulau Pinang. Acara yang berlangsung dari 04 Disember sehingga 06 Disember 2009 telah ku kunjungi 2 kali.
Kali pertama, bersama Ibu dan adik aku. Pada awalnya, hanya hendak membeli kamera digital untuk kegunaan umum. Aku sudah berkenan pada kamera keluaran Panasonic FS-25 disebabkan kualiti serta ciri ciri moden seperti antigegaran Mega O.I.S, kanta optik Leica serta cip pemprosesan termaju. Harganya, yaa agak tinggi. Aku juga bercadang untuk menaiktaraf harddisk serta memory laptop aku, tapi harganya tidak competitif walaupun 'PC Fair'.
Harga peralatan komputer pada kali ini tidak begitu memberangsangkan. Harga lebey kurang ja, cuma ada free gift. Vendornya pula dipenuhi oleh penjual laptop, kamera, serta Broadband. Broadband ni yang buat aku pening, seakan berjalan di 'Red Carpet'. Kanan dan kiri berbaris menghulur kertas promosi, sambil mempromosi produk mereka.
Setelah lama berpeleseran diruang pameran, ibu aku membeli kamera Olympus FE-46. Boleh dikatakan great deal dengan freebies yang ditawarkan. Adik aku plak dibelikan netbook acer. Aku ?. Aku takda beli apa apa. haha. ;-)

Saturday, December 5, 2009
Back from SUB
SUB? Submarine ka ? Bukan loe.. Surabaya dech. wooo.. enjoy sangat.
Untuk cuti hujung tahun ini, saya dan keluarga melancong ke Surabaya, Indonesia. Bandar Surabaya yang terletak di Pulau Jawa amatlah besar. Sebagai kota nombor dua terbesar di Indonesia, saya berasa teruja untuk menerokai bandar ini. Percutian selama seminggu lebih itu dibimbing oleh temannya kenalan Ibu, Pak Yoyot. Selamat ka ? Waa, selamat bah disana, usah risau deh- Aman banget~.
Masa yang singkat itu hanya diisi dengan liburan sekitar dalam kota surabaya. Kawasan selatan, barat, timurnya belum lagi dijelajahi, urmm besar juga kota ini. Aktiviti nombor satu, pastinya membeli belah haha sambil melihat persekitaran bandar ini. Kami juga sempat merentasi Jambatan Suramadu, iaitu jambatan terpanjang di Indonesia menghubungkan Pulau Jawa dan Pulau Madura. Waa.. banyak nak cerita ni.
Bagi aku, aku merasa tertarik pada suasana di sana. Bangunan yang lama, corak kehidupan yang berbeza, sistem pengangkutan yang unik. Sinetron ditelevisinya pada waktu malam juga best, menghiburkan. Sedikit sebanyak memberiku inspirasi, pengajaran, ilmu untuk terus hidup didunia ini. Terlalu susah untuk aku gambarkan perasaan itu cuma, jika ada kesempatan, aku ingin kembali ke sana. Jom ~! haha

Subscribe to:
Posts (Atom)