Kali pertama, bersama Ibu dan adik aku. Pada awalnya, hanya hendak membeli kamera digital untuk kegunaan umum. Aku sudah berkenan pada kamera keluaran Panasonic FS-25 disebabkan kualiti serta ciri ciri moden seperti antigegaran Mega O.I.S, kanta optik Leica serta cip pemprosesan termaju. Harganya, yaa agak tinggi. Aku juga bercadang untuk menaiktaraf harddisk serta memory laptop aku, tapi harganya tidak competitif walaupun 'PC Fair'.
Harga peralatan komputer pada kali ini tidak begitu memberangsangkan. Harga lebey kurang ja, cuma ada free gift. Vendornya pula dipenuhi oleh penjual laptop, kamera, serta Broadband. Broadband ni yang buat aku pening, seakan berjalan di 'Red Carpet'. Kanan dan kiri berbaris menghulur kertas promosi, sambil mempromosi produk mereka.
Setelah lama berpeleseran diruang pameran, ibu aku membeli kamera Olympus FE-46. Boleh dikatakan great deal dengan freebies yang ditawarkan. Adik aku plak dibelikan netbook acer. Aku ?. Aku takda beli apa apa. haha. ;-)


No comments:
Post a Comment