Subscribe:

Ads 468x60px

Pages

Saturday, January 30, 2010

Update: Pilihanraya MPP

Baru baru ini, pilihanraya yang ntah ke berapa MPP telah berlangsung di universiti universiti serata negara. Ini termasuklah Universiti tempat kita menuntut Ilmu- UiTM. Hahn tak nak cerita panjang, cuma nak update sedikit cerita pilihanraya untuk fakulti FPHP.

Memang terasa bahangnya serta mengimbau kenangan lalu bila Hahn melihat poster poster bergelimpangan, wakil wakil sibuk berkempen, terasa sebak didada Hahn. Sesungguhnya, peluang untuk menceburi arena politik mahasiswa adalah sesuatu yang indah. Tahniah Hahn ucapkan buat pemenang pilihanraya untuk fakulti kita iaitu Mariana dan juga Liana. Semoga kalian dapat melakukan yang terbaik untuk fakulti kita- Selamat bertugas. 

Kepada yang tewas, Hahn mengunjurkan supaya tetap tabah dan menerima keputusan seadanya. Banyak faktor yang mempengaruhi undi. Mungkin juga, rezeki kali ini bukan ditangan kalian. Kalah sekali bukan bererti selamanya, terus berjuang dimasa hadapan lagi. 

Menyelak album foto, Hahn terlihat foto yang diambil pemberita didalam satu majlis keramaian (tidak ingat majlis apa) pada suatu masa dahalu. Tidak disangka-sangka, beliau berjaya mencapai impiannya setelah mengharungi rintangan demi rintangan untuk menjadi pemimpin pelajar.



Update Denggi: Syukur kehadratnya, Saudara Syaharudin sudah discaj keluar daripada wad kuarantin G2 HTAR. Krew Hahnlimn yang merancang hendak melawat pada hari ini, tidak berkesempatan bila terlihat update status Facebook saudara Syaharudin pada lewat malam semalam. Percubaan krew kami untuk mendapatkan maklumat kesihatan beliau yang terkini tidak berjaya, kerana beliau dikatakan sedang berehat dilokasi yang dirahsiakan. Apapun, harapan kita semoga beliau cepat sembuh dan kembali berkuliah lagi. ( laporan oleh Hahn untuk Hahnlimn.blogspot.com).

No comments:

Post a Comment