Subscribe:

Ads 468x60px

Pages

Thursday, June 10, 2010

Reaching 2MB speed barrier



Uploaded with ImageShack.us

Sometimes, when I use my laptop, I somehow feel nostalgic on how I am using Pentium 1 in 90's. Of using TMnet 1515 and Jaring Dial up with speed ranging from 48kbps and max 56kbps (I only get it once, and I'm really happy getting that speed= 56kbps). I mean it was a giant leap in terms of technological advancement, when we see on today's modern gadget.

However, in another way, I felt grateful for living in 80' and 90'. The atmosphere, the feel, the smell of air was different compared to this technological era. Well, enuff said. It was during the last semester break, I was downloading some files and surprisingly it reach to almost 2MBps. It did break slightly over 2MB, sometimes. A minute needed for 100MB files to be downloaded. Its like 1GB = 10 minutes. WTF.

Being accustomed to downloading speed of less than 100kbps and at most peak at 200kbps, I was completely blown to see the astounding speed. Of course, the factor for the speed is due to the special line and high tech equipment being used at the undisclosed location. It was sweet !.

Sunday, March 21, 2010

Senarai Tugasan Ad Hoc Seminar PD

Assalamualaikum.

Sedikit demi sedikit, masa yang tinggal bagi persediaan menjelang hari berlangsungnya Seminar Branding Yourself: The 1M way sudah semakin sedikit. Kini, kita telah masuk minggu yang ke 12 daripada 13 minggu persediaan. Dengan 1 minggu lagi, sebelum minggu terakhir, pastinya kesemua kerja perlu diselesaikan dengan kadar segera.

Berikut, saya sediakan tugasan yang perlu diselesaikan dalam minggu ini, seboleh bolehnya sebelum mesyuarat mingguan pada hari rabu. Tugasan telah saya ketegorikan mengikut Biro Biro, oleh itu, sila download tugasan bagi Biro anda.

Sesetengah tugasan telah diberikan kepada ahli biro oleh Naib Pengarah, namun, bagi tugasan yang tidak dinyatakan ahli yang bertanggungjawab melaksanakan, diberi kebebasan kepada ahli untuk memilih.

Download Link - Sila tekan pada Biro anda. Fail dalam format PDF.

1. Tugasan Biro Protokol
2. Tugasan Biro Teknikal
3. Tugasan Biro Makanan
4. Tugasan Biro PR
5. Tugasan Setiausaha
6. Tugasan Bendahari

Minta misscall handphone saya- 0198232XXX sebagai tanda anda telah menerima maklumat diatas. 
Sebarang masalah, sila hubungi saya dengan segera. 

Sekian, Selamat menjalankan tugas.
Pengarah. 

Thursday, March 4, 2010

Check List Seminar Branding Yourself.

Assalamualaikum, Salam sejahtera buat saudara saudari ahli jawatankuasa Seminar Branding Yourself: The 1Malaysia Way.

Disebabkan mesyuarat hanya dijalankan sekali seminggu, oleh kerana itu, terdapat banyak perkara segera yang tertangguh. Sistem komunikasi yang tidak efektif juga menyumbang kepada kesusutan dalam kelancaran penganjuran program.

Ahli Ahli Jawatankuasa Seminar diminta mendownload fail event checklist dibawah untuk mengemaskini tugasan segera yang perlu dilaksanakan. Mohon dibaca dan tindakan seiring dilaksanakan. Sekian Terima Kasih.

MS Word 2003 Format

MS Word 2007 Format

Saturday, January 30, 2010

Update: Pilihanraya MPP

Baru baru ini, pilihanraya yang ntah ke berapa MPP telah berlangsung di universiti universiti serata negara. Ini termasuklah Universiti tempat kita menuntut Ilmu- UiTM. Hahn tak nak cerita panjang, cuma nak update sedikit cerita pilihanraya untuk fakulti FPHP.

Memang terasa bahangnya serta mengimbau kenangan lalu bila Hahn melihat poster poster bergelimpangan, wakil wakil sibuk berkempen, terasa sebak didada Hahn. Sesungguhnya, peluang untuk menceburi arena politik mahasiswa adalah sesuatu yang indah. Tahniah Hahn ucapkan buat pemenang pilihanraya untuk fakulti kita iaitu Mariana dan juga Liana. Semoga kalian dapat melakukan yang terbaik untuk fakulti kita- Selamat bertugas. 

Kepada yang tewas, Hahn mengunjurkan supaya tetap tabah dan menerima keputusan seadanya. Banyak faktor yang mempengaruhi undi. Mungkin juga, rezeki kali ini bukan ditangan kalian. Kalah sekali bukan bererti selamanya, terus berjuang dimasa hadapan lagi. 

Menyelak album foto, Hahn terlihat foto yang diambil pemberita didalam satu majlis keramaian (tidak ingat majlis apa) pada suatu masa dahalu. Tidak disangka-sangka, beliau berjaya mencapai impiannya setelah mengharungi rintangan demi rintangan untuk menjadi pemimpin pelajar.



Update Denggi: Syukur kehadratnya, Saudara Syaharudin sudah discaj keluar daripada wad kuarantin G2 HTAR. Krew Hahnlimn yang merancang hendak melawat pada hari ini, tidak berkesempatan bila terlihat update status Facebook saudara Syaharudin pada lewat malam semalam. Percubaan krew kami untuk mendapatkan maklumat kesihatan beliau yang terkini tidak berjaya, kerana beliau dikatakan sedang berehat dilokasi yang dirahsiakan. Apapun, harapan kita semoga beliau cepat sembuh dan kembali berkuliah lagi. ( laporan oleh Hahn untuk Hahnlimn.blogspot.com).

Wednesday, January 20, 2010

Wabak Demam Denggi

Pada entri kali ini, Hahn nak berpesan sikit mengenai penyakit demam denggi. Sebenarnya, Hahn berasa risau dengan perkembangan terkini penyakit tersebut yang telah menjadi wabak di kawasan seksyen 7. Setelah saudara Syazwan terjangkit wabak tersebut, kini seorang lagi teman Hahn tertewas pada nyamuk Aedes.

Lebih menyeramkan, teman Hahn ni seorang yg fit, muscular, ahli sukan.. hanya terdedah kepada nyamuk semasa mengunjung Hahn selama 2 Hari. Hahn ni yg tinggal selama bebulan ni harap tak terkena jangkitan wabak denggi.

Dalam pada itu, Hahn mula teringat suatu masa dahulu, Hahn pernah terkena simptom seperti demam denggi ni. Badan memang lenguh, kepala pening, demam nak seminggu. Dahsyat, tapi Hahn tak sangka demam denggi, so menghadapi saja- ingat demam biasa yang teruk. Bila teringat peristiwa itu, Hahn bersyukur dapat sembuh sendiri dan masih berdiri di muka bumi ini.

Akhir kata, Jagalah kesihatan anda semua. Kesihatan anugerah yang tidak ternilai dengan wang ringgit, pastikan minum 8 gelas air sehari, sayur dan buah buahan usah dilupakan. Hahn..

Monday, January 18, 2010

HTH 662- HRM Notes

As requested, Slideshow notes for HTH 662- HRM. Enjoy reading.



This time around, i wont be scribble some news or story for you guys and girls. Just woke up from 5 hours extended sleep, and now its midnight already. Want to sleep more but got few things to sort off for tomorrow. Hell, I'm so hungry to the core. Got to find something to eat, someone to cook, and someone to feed me.. hoho. So, off I go. Keep still on Hahnlimn.blogspot.com always. :-)

Tuesday, January 12, 2010

Nota HTH581 & Update Terkini

Baru baru ini, Hahnlimn menerima beberapa panggilan serta sms, email dan juga comment melalui FB tentang kesulitan mendapatkan nota serta bahan bahan pembelajaran daripada sistem I-Learn. Usah risau, cemas atau gementar, Hahnlimn disini membawakan anda nota terkini daripada En. Razif.

Download fail dibawah



Sedikit berita terkini, krew Hahnlimn telah mendapat khabar bahawasanya saudara Syazwan telah dibenarkan keluar wad pada hari ini. Disebabkan masalah kelas yang amat padat, pihak kami memohon maaf kerana tidak dapat mengambil beliau di HTAR Klang, walaupun krew kami sudah bercadang untuk melawat pada kali kedua pada hari ini. Apapun, sekarang ini beliau sudah bersama Hahnlimn menunggu hidangan sup ayam yang dimasak oleh chef Ronald..