Subscribe:

Ads 468x60px

Pages

Wednesday, October 28, 2009

(Exclusive) Koleksi Assignment QMT



Hah.. Sudah study untuk QMT? , Harus lah.. Paling teruk pun, dah mula stadi eh.. Jangan anda tak stadi lagi hah sudah, Hahn pun tak mampu tolong ooii.. Sekali lagi, blog Hahn membawakan terus koleksi Assignment 2 QMT554 hasil usaha Lecturer QMT yang aku favor sangat, Miss Roseline Michael. Hangat Hangat .. Uhh memang panasss dari Oven Hahn. Apapun diucap bebanyak Terima Kasih Buat Miss yang tak putus putus memberi tunjuk ajar kepada anda anda termasuklah Hahn sekali.    

Link Muat Turun

Heboh dan Sebarkan Pada Rakan Rakan anda Yerrr.. Terbaik dari ladang hanya di hahnlimn blog .. Stay tune for more.

Tuesday, October 27, 2009

(Exclusive) MiS Carry Mark (Panass)



Hahn terus membawa update terkini, muktahir, telus, jujur dan yang paling penting hangat dari tangan lecturer,
bukan dari oven yerr.. Mempersembahkan markah bawa untuk anda anda yang asyik dok tanya dari tadi,
Nah amik anda markah seperti dibawah. Klik Thumbnail untuk membesarkan saiz image!.Klik jew..



Sekali lagi, BOOM! Meletup ! Misteri pemarkah tertinggi mengalah Hanh dengan 43.68!!!. Sungguh kaget sungguh terkejut tuan hamba TAPI kalah menang bukan masalah. Janji buat usaha yang terbaik, terbest of the best, Skill habis untuk Final exam.. 

Rata rata markah kita semua di paras sederhana memandangkan jumlah keseluruhan sebanyak 60 persen. Cuma tinggal 40 persen, jadi ayuh usaha lagi.. Terus update bersama Hahn Spot Q dilain segmen.. Ciaoo..


 

(Exclusive) Carry Mark QMT554 (Damn Hot!)




Yah.. Ini dia ekslusive terbaik dari ladang, segar bugar serta Panasszz.. Dibawakan khas untuk anda.
Carry Mark QMT554 ! Sila klik Thumbnail di bawah untuk membesarkan saiz gambar. Layan..



Tup tup tup.. Sapakah gerangan misteri pencapai markah tertinggi sebanyak 45.0! OMG..Mengalah markah aku..  Apapun, semoga kita sama sama mendapat markah tinggi serta usaha lebih lagi untuk Final Exam.. Ciaoo

(Tutorial) How to open downloaded files

Selepas anda sudah mendownload sesuatu fail, anda tentunya terpinga pinga cara untuk membukanya.
Bagi anda yang kurang mahir, disini saya ingin memberi tutorial ringkas tentang cara pembukaan fail berformat .rar.

Langkah 1.
Pada asalnya, fail yg dimuat turun berformat .rar . Namun selepas upload ke server Microsoft, fail bertukar ke .rar_ . Cara mudah ialah dengan 'RENAME' semula fail yang didownload kepada .rar (tanpa _ underscore). Langkah ini lebih advance dan anda boleh mengabaikan lalu terus ke langkah 2 jika tidak dapat.

Langkah 2
Jika masih tidak dapat buka, kemungkinan anda tidak mempunyai perisian winrar. Muat turun perisian WINRAR daripada  Link dibawah. Sebelum memuat turun, anda haruslah memeriksa program files anda untuk memastikan Winrar benar benar tidak ada di komputer anda. Jika ada, tidak perlu memuat turun Winrar, terus ke langkah 4.
 
Winrar Download


Langkah 3
Setelah selesai muat turun, tekan bebutang pada installer dan habiskan proses installasi sehingga finish.

Langkah 4
Setelah itu, Buka perisian Winrar yang baharu diinstall. Tekan pada File, kemudian Open Archieve. Pilih fail yang anda baru muat turun ( yang saya upload ), dan tekan Open. Fail itu akan terbuka, dan anda boleh mengakses semua kandungan fail.

Anda mungkin mahu mengekstrak kandungan fail ke dalam folder, bagaimana ? Mudah sahaja, Pada program Winrar yang mengandungi fail tersebut, tekan bebutang Extract to, kemudian pilih folder pilihan anda.

 Sehingga ketemu lagi didalam Tutorial akan datang. Selamat maju jaya!

(Exclusive) QMT 554 Test 1



 Dapatkan Jawapan Test 1 QMT di laman bawah.


Sekali lagi diingatkan, Bahan akan menyusul sedikit demi sedikit.
Mohon bersabar... Terima kasih..

(Exclusive) Nota CTU 553




Hah.. Dapatkan Nota Nota Khas dari Ustazah Mahfuzah untuk persediaan Final Exam anda.
Download Nota bergambar melalui link dibawah.

Hosted at Microsoft Skydrive (Click each title to download)

1. Cabaran Hubungan Etnik
2. Pembangunan Ekonomi
3. Pembangunan Politik
4. Perlembagaan Malaysia
5. Pruraliti Masyarakat Orang Melayu

Link Alternatif

http://hotfile.com/dl/15953191/cb244ba/Nota_CTU553.rar.html

- 5 buah fail .RAR ( memerlukan perisian WinRAR ).
- Extract di folder dan mulalah membaca. Boleh print klu nak.
Selamat Membaca dan sebagai peringatan Paper CTU 553  pada Ahad 1/11/2009 -9.00 hingga 11.00am

Tolong Maklumkan dan Sebarkan Fail kepada Rakan Rakan. TQ
Terus setia bersama saya untuk lebih hint dan tips Final Exam. Ciao..

Tepukan tak bernada

Berlari aku..
Terus berlari hingga hilang nafasku,
Sampai kaki tersadai tanda berhenti.
Selama mana ku ratapi,
Tiba waktunya aku sedar,
Ia memohon aku berhenti.

Aku menangis,
Menyesali atas apa terjadi
Bukan juga ku pinta,
Mahupun ku berdoa
Diwaktu ku bersujud kepadaNya
Memohon petunjuk dan keampunan
Moga hati terima dengan Redha.
Moga kuat diri menerima..

Kamu, aku tak persalahkan,
Mungkin kamu masih muda
untuk memahami.. juga mengerti
Biar semua hapus pergi.
Usah kamu cari aku lagi.

Tangan ditepuk tanda bahagia,
nadanya kuat suasana ceria,
Entah mengapa tepukan tak bernada,
Aku bertepuk sebelah tangan, 
Tanda perakhiran episod bahagia..

Kepada ....
Terimakasih atas segalanya,
Aku tak marah cuma masih kabur menelan kenyataan,
Semoga berbahagia bersama orang yang kamu sayangi..
Amin..

Langit Hitam

Merenung langit,
Kosong tanpa awan,
Burung mahupun bintang,
Buatku sepi tak berteman.

Harapan makin jauh,
Kebenaran nyata lebih berkuasa,
Menghapus semua Illusi indah,
Dugaan yang maha Esa.

Langit mulai gelap,
Saat kelam kian terasa,
Biarku lelap bersama kenangan,
Biarku tepuk tangan keseorangan.

Badai kencang sudah tiba,
Meniup segala apa didepannya,
Aku sedih aku kecewa,
Kamu, mengapa buat ku derita..

Monday, October 26, 2009

Hati Kosong pt. 1

Sejak ku ungkap kalimah itu,
Hingga saat ku tahu kenyataan,
perasaan itu masih sama,
cuma kamu yang berubah.

Dulu pernah kamu mencinta,
Setulus sepenuh hatimu,
Lantaran satu perkataan,
Kamu berubah sekelip mata
Kamu bukan lagi kukenali.

Janji cuma omongan kosong,
Sekadar kata bukan prinsipnya,
Apakah aku bersalah atau
Apakah kamu sudah lupa,
Tanyalah diri ungkap jawapnya.

Perasaan,
Biarkan ia sendiri tanpa benci,
Menjadi gelanggang dendam,
Pembalasan atas kesalahan,
Kesalahan masih tak ku mengerti...