Selepas anda sudah mendownload sesuatu fail, anda tentunya terpinga pinga cara untuk membukanya.
Bagi anda yang kurang mahir, disini saya ingin memberi tutorial ringkas tentang cara pembukaan fail berformat .rar.
Langkah 1.
Pada asalnya, fail yg dimuat turun berformat .rar . Namun selepas upload ke server Microsoft, fail bertukar ke .rar_ . Cara mudah ialah dengan 'RENAME' semula fail yang didownload kepada .rar (tanpa _ underscore). Langkah ini lebih advance dan anda boleh mengabaikan lalu terus ke langkah 2 jika tidak dapat.
Langkah 2
Jika masih tidak dapat buka, kemungkinan anda tidak mempunyai perisian winrar. Muat turun perisian WINRAR daripada Link dibawah. Sebelum memuat turun, anda haruslah memeriksa program files anda untuk memastikan Winrar benar benar tidak ada di komputer anda. Jika ada, tidak perlu memuat turun Winrar, terus ke langkah 4.
Winrar Download
Langkah 3
Setelah selesai muat turun, tekan bebutang pada installer dan habiskan proses installasi sehingga finish.
Langkah 4
Setelah itu, Buka perisian Winrar yang baharu diinstall. Tekan pada File, kemudian Open Archieve. Pilih fail yang anda baru muat turun ( yang saya upload ), dan tekan Open. Fail itu akan terbuka, dan anda boleh mengakses semua kandungan fail.
Anda mungkin mahu mengekstrak kandungan fail ke dalam folder, bagaimana ? Mudah sahaja, Pada program Winrar yang mengandungi fail tersebut, tekan bebutang Extract to, kemudian pilih folder pilihan anda.
Sehingga ketemu lagi didalam Tutorial akan datang. Selamat maju jaya!
Tuesday, October 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment